BAB 11

95 11 2
                                    

"Oh please Zack. Dia tu orang-orang biasa dan memang tidak lah mama nak minta dia serve mama. Mama nak yang perfect."

Zack mengaru kepala yang tak gatal. Sedikit pening dengan kerenah mamanya itu.

"Ma, benda sama je ma."

Datin Sally memandang ke arah anaknya sambil buat muka.

"Hello, sentuhan kuli dengan bos, tak akan sama okay."

"Baiklah ma, mama menang." Ucap Zack lantas mengangkat tangan.

Datin Sally di sebelah hanya tersenyum bangga. 'Tak akan ada orang yang mampu melawan kata-katanya"

Zack memandang kiri dan kanan. Tak lama kemudian dia memandang Datin Sally.

"Ma, Natasya datang ke tak ni?"

"Eh mesti lah dia datang, kenapa? Kamu nak kemana?"

Zack mengerling jam di pengelangan tangan. Tak lama kemudian dia berpaling memandang Datin Sally.

"Dalam pukul 4 lebih, Zack ada hal."

"Hal apa pulak Zack? Kamu ni sengaja tak nak test baju kahwin ni kan?" Omel Datin Sally seperti tidak berpuas hati.

"Eh ma, Zack ada tau dengan mama dekat sini. Sehelai baju pun Zack tak nampak apatah lagi bayang Natasya tu. Kalau Zack dah ada hal lain, Zack tak akan datang sini lagi, tunggu lah esok-esok baru Zack datang itu pun tengok lah mood Zack macam mana."

Mencerlung mata Datin Sally memandang Zack Amir yang berada di sebelahnya. Ini kalau di rumah, mahu sangat dia pulas kepala anak lelakinya itu ke belakang. Geramnya hati ini. Zack perasan perubahan di wajah Datin Sally, jadi dia bertindak untuk diamkan diri. Tak nak menambah minyak di dalam hati mamanya lagi. Risau pulak bangunan Pavilion yang tersergam indah ini meletup. Detik jam berganjak ke angka seterusnya. Kelibat Natasya masih lagi tidak muncul-muncul membuatkan Zack berasa bosan untuk menunggu. Akhirnya Zack minta diri dekat mamanya, Datin Sally.

"Ma, Zack pergi dulu ye."

Datin Sally yang ralit baca Majalah Pengantin, terus mengangkat muka.

"Zack jangan lah macam ini. Tunggu lah dulu."

"Tak boleh ma, Zack dah lambat dah ni. Sebab tu Zack tanya mama, Natasya ni jadi datang ke tidak? Daddy pun sampai sekarang tak muncul-muncul. Drop kita depan Pavilion lepas tu hilang. Habis ni mama nak balik macam mana?"

Datin Sally memandang Zack lantas Majalan Pengantin tersebut diletak kembali ke atas meja. Dia terus bangun dan melangkah ke arah Zack.

"Hantar mama balik lah."

Nak atau tak nak, Zack hanya mengangguk kepala dan dia melangkah beriringan keluar bersama Datin Sally dari butik tersebut.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now