BAB 45

77 10 0
                                    

Malek bangun dan melangkah ke arah tingkap. Dia memandang bangunan yang berada di hadapanya.

"Itu karma dari Allah Zack. Dia tu di aniaya." Malek berpusing mengadap Zack.

"Kau yang aniaya dia"

Zack kehilangan kata-kata. Memang sekarang dia rasa menyesal yang teramat sangat. Menyesal dengan perbuatannya dulu.






𝓙anna memandang diluar tingkap butiknya. Hujan rintik-rintik yang turun membuatkan dia terasa sedikit dingin. Poncho Shawl di ambil dan di lilit ke tubuhnya. Dia memeluk tubuh. Teringat kembali perbualan dia dengan Puan Azizah sebentar tadi

"Auntie nak jumpa kamu Janna."

"Kenapa eh?" Tanya Janna.

"Nak berbincang dengan kamu pasal Izuwann."

Janna ketawa geli hati. Apa yang nak dibincangkan tak tahu lah.

"Bila nak jumpa tu?"

"Sekarang."

Janna mencebik bibir.

"Okay"  jawab Janna seraya mematikan telefon.

Perlahan-lahan dia mengeluh. Anak mak sungguh.

"Sis"

Janna berpaling.

"Ye?"

"Ada orang nak jumpa" ucap Mega perlahan.

"Siapa?"

"Tu"

Janna terus memandang seorang wanita yang berbaju kurung biru Turquoise berbunga abstrak putih. Janna mengukir senyuman manis lantas dia dan Mega melangkah ke arah wanita tersebut.

"Ini Puan Mahani. Dia nak jumpa dengan sis." Ucap Mega dengan tertib.

Dia terus berjabat tangan dengan wanita tersebut.

"Saya Janna."

Puan Mahani tersenyum memandang Janna di hadapan.

"Patut lah, manis orangnya." Ucap Puan Mahani tiba-tiba.

Janna tersentak lantas tersenyum.

"Saya biasa-biasa je Puan"

"Kalau biasa, anak saya tak terpikat dengan awak."

Dahinya berkerut.

"Anak Puan?"

Puan Mahani mengangguk kepala lantas melangkah untuk melihat gaun pengantin yang tergantung kemas.

"Siapa?" Tanya Janna seolah tidak berpuas hati.

"Zarul Hakimi, kenal?"

Janna terus memandang Mega yang turut memandang ke arahnya. Bahasa isyarat kening main peranan. Mega mengangkat bahu.

"Maaf lah Puan, saya tak kenal siapa Zarul Hakimi tu."

Puan Mahani tersenyum.

"Dah berpunya." Tanya Puan Mahani dengan sopan.

"Saya masih lagi single."

Puan Mahani tersenyum lagi.

"Boleh lah kalau anak saya nak berkawan dengan awak?"

Janna terdiam. otaknya ligat memikirkan jawapan apa yang harus dia berikan

"Tak boleh ke?" Tanya Puan Mahani lagi.

Dia tersenyum lantas bersuara.

"Kalau setakat nak berkawan, saya tak ada masalah pun Puan. Saya terima siapa-siapa yang nak berkawan dengan saya, termasuk anak Puan"

Puan Mahani lantas mengangguk. Dia melangkah ke arah sofa dan duduk. Kaki disilangkan.

"Okay kalau macam itu baru saya nak berurusan dengan awak, Janna." Ucap Puan Mahanix

Janna tersentak lantas memandang Puan Mahani di depan. 'Macam itu pun ada ke?' Soal Janna dalam hati.

Dia terus duduk di sofa satu yang terletak bertentangan dengan Puan Mahani.

"Okay apa tema wedding yang Puan Mahani mahukan?"

"Saya ni berminat dengan tema Jawa, sebab saya ada sedikit darah Jawa kan tetapi menantu saya tak berminat pulak.  Dia nak tema Modern. Jadi dekat sini agak bercanggah sikit lah."

Janna terdiam. Tak lama selepas itu dia bersuara.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now