BAB 67

67 7 0
                                    

"Kau gila ke?" Tanya Janna dengan suara yang di tahankan.

"Apa pulak aku gila? Aku memang nak kahwin dengan kau."

Janna menelan liur. Dia memandang wajah tampan Shahrul di depan. Syaitan apa yang tengah rasuk mamat ni.

"Aku rasa kau ni demam, Shahrul. Tiba-tiba kau ajak aku kawin. Tak nak aku."

Shahrul ketawa perlahan.

"Hello Cik kak, bukan ke dulu aku PERNAH ajak kau kahwin? Tapi kau menolak. Kau cakap kau anggap aku ni abang kau lah itu lah ini lah. Janna please lah"

"Please apa ni Shahrul? Memang betul pun selama ni aku tak ada cinta terhadap kau. Macam mana aku nak berumah tangga dengan kau kalau tak ada rasa semua tu? Kau ingat boleh bahagia ke?"

"Janna, rasa cinta semua tu boleh dipupuk selepas kita berkahwin. Bagi aku tak salah pun kalau kita mencuba."

Janna terus menggelengkan kepala tak setuju apa yang disampaikan oleh Shahrul.

"Oh mencuba? Kalau mencuba itu dan menemui jalan kegagalan macam mana? Adakah kita akan bercerai? Shahrul, dalam hati aku ni cinta tu dah mati. Dah tak wujud dah selepas apa yang terjadi dekat aku. Aku sebolehnya tak nak jadikan kau ni mangsa aku."

Shahrul terdiam. Terpukul dengan kata-kata dari Janna Melissa yang dikenali dulu. Siapa-siapa yang melihat wajah gadis itu, tiada siapa yang tahu hatinya sekeras batu kerikil. Dia mengeluh perlahan.

"Janna kalau kita tak cuba, kita tak akan tahu. Betul tak?"

Janna terus bangun dan berdiri. Dia paling tak suka bila diri dia dipaksa berkahwin.

"Shahrul, aku tak nak mencuba dalam hal kahwin ni. Perkahwinan ini bukan barang permainan macam toys. Aku nak berkahwin dengan orang yang betul-betul aku cinta." Ucap Janna perlahan seraya melangkah meninggalkan Shahrul di situ.

Shahrul yang menyedari Janna melangkah pergi, dia cepat-cepat bangun dan mengejar dari belakang. Lengan Janna di pegang kuat.

"Sakit lah!" Ucap Janna perlahan.

Dia cuba menarik lengannya kembali, tetapi genggaman Shahrul terlalu kuat.

"Listen sayang. Sudah-sudah lah nak hambakan diri terhadap lelaki yang tak betul-betul jujur dan sayangkan kau. Aku ni dari dulu sukakan kau, tunggu kau tetapi kau langsung tak pandang. Tak mengapa, Janna. Ada kesempatan sekali kali untuk kau cari lelaki yang kau idamkan. But one thing, bila semuanya sudah tamat, tak ada excuse untuk aku berkahwin dengan kau dan kau jadi milik aku, Janna"

Janna mendongak memandang wajah tampan milik Shahrul. Anak mata hazel milik lelaki itu di tatap lama. Mencari erti kata yang sebenar. Lambat-lambat dia menggelengkan kepala.

"No!"

Dia terus menolak dada bidang Shahrul membuatkan Shahrul melangkah setapak kebelakang. Sakit hatinya dengan kata-kata terakhir dari Shahrul.

'Memang tak faham bahasa ke apa mamat ni?' Omel Janna dalam hati.

Shahrul melihat muka Janna bertukar jadi merah padam, akhirnya dia mengeluh perlahan.

DENDAM ASMARAKde žijí příběhy. Začni objevovat