BAB 83

72 8 0
                                    

"Tah dia ni." Ucap Janna lantas menepuk bahu Hisham dari belakang.

"Haha sorry-sorry." Ucap Hisham.

Janna terus keluar dari kereta termasuk Hani dan juga Shahrul.

"Korang berdua pergi lah masuk dulu. Biar aku dengan Hisham angkat bag."

Hani terus mengangguk dan dia mengatur langkah. Belum sempat Janna nak langkah, lengannya di tarik lembut oleh Shahrul.

"Tadi kenapa?" Tanya Shahrul. Tangan Shahrul memegang pinggang Janna.

"Kenapa apa?"

"Aku nampak tau kau menangis tadi." Ucap Shahrul perlahan.

"Tak ada apa-apa pun."

"Masih lagi nak sembunyi dari aku?" Tanya Shahrul seraya merapatkan tubuhnya sedikit.

Cepat-cepat Janna menahan dan menolak tubuh Shahrul.

"Eh kau ni."

"Ha.. kalau kau tak nak, baik kau cerita." Ugut Shahrul.

Janna melepaskan nafas. Dia memandang kiri dan kanan.

"Okay-okay, Tadi tiba-tiba aku teringat benda yang dulu. Tu je." Ucap Janna.

Shahrul terdiam.

"Ha!! Korang buat apa ni? Maksiat!!!" Jerit Hisham tiba-tiba.

Janna mengurut dada kerana di sergah oleh Hisham secara tiba-tiba. Shahrul berpaling.

"Kau ni!" Ucap Shahrul lantas melangkah ke arah Hisham. Hisham cepat-cepat berlari.

Dia hanya menggelengkan kepala dan melangkah ke arah pintu utama rumah Cik Siah. Malas dia nak melayan kanak-kanak ribena tu. Sakit kepala dia. Dia terus duduk di sebelah Hani.

"Kau okay tak Hani?"

"Aku okay je. Cuma pening sikit."

Janna hanya mengangguk kepala dan berpaling memandang ke arah Hisham dan Shahrul yang tengah berjalan menuju ke arahnya.

"Mak tak bangun?" Tanya Shahrul. Bag yang berada di tangan, di letak ke bawah.

"Tak panggil pun." Ucap Janna.

"Ouh."

Shahrul terus mengeluarkan kunci rumah dan tombol pintu di pulas.

"Assalamualaikum" ucap Shahrul lantas masuk ke dalam rumah.

Janna dan yang lain terus masuk ke dalam rumah selepas di pelawa oleh Shahrul.

"Eh dah sampai, Mak tak dengar pun." Ucap Cik Siah yang baru keluar dari bilik Ryan.

"Mak." Ucap Shahrul lantas menyalam Cik Siah dan di ikuti yang lain.

"Malas lah nak kejut mak tidur." Ucap Shahrul tiba-tiba.

"Mak tak tidur lagi. Cuma tidurkan Ryan tu ha. Tiba-tiba tadi dia buat perangai bila mak letak call."

"Habis tu dia dah tidur ke mak?" Tanya Janna tiba-tiba.

"Dah, Dah tidur dah dekat bilik Shahrul tu ha."

Janna hanya mengangguk kepala.

"Jom mak tunjukkan bilik. Mesti kamu penat kan? Bag tu biar diaorang yang bawa kan." Ucap Cik Siah lantas memegang lengan Janna dan juga Hani.

Janna berpaling dan dia sempat jelir lidah ke arah Shahrul. Shahrul mengetap bibir tanda geram. Kalau dapat dia ni, siap lah.

"Janna dengan kawan Janna tidur kat bilik ni ye."

Dia hanya mengangguk kepala sambil memandang sekeliling.

"Janna." Panggil Cik Siah perlahan. Cik Siah memegang ke dua tangan milik Janna.

"Mak harap Janna akan jadi menantu mak suatu hari nanti."

Dia memandang Cik Siah dengan wajah yang sedih.

"Mak...."

Tangan Janna di tepuk perlahan.

"Mak tak paksa Janna tau."

Janna mengangguk dan tubuh tua di depannya di peluk erat.

"Terima kasih mak." Ucap Janna perlahan.

"Ye, Dah rehat lah ye mak keluar dulu." ucap Cik Siah lantas keluar dari bilik tersebut.

"Okay mak" ucap Janna.

Janna terus melangkah dan duduk di tepi katil. Jaket hitam di buka lantas di letakkan ke atas katil.

"Cik Siah tu memang rapat dengan kau eh Janna?" Tanya Hani seraya duduk di sebelahnya.

Janna berpaling memandang Hani dekat sebelah. Jam di tangan di buka.

"Tak ada lah, kenapa?"

"Sebab aku tengok dia rapat lain macam dengan kau." Ucap Hani.

"Oo, Dia hanya anggap aku ni macam anak dia je."

Hani menjuih bibir.

"Eleh padahal dia anggap kau menantu dia. Anggap anak konon." Ucap Hani.

Janna hanya ketawa.

"Eh aku nak tanya. Ryan tu anak kau dengan Shahrul ke? Dan kau hari tu cakap nak cerita pasal anak kau"

"Nak cerita malam ni juga ke?"

"Ikut lah, Aku okay je." Ucap Hani.

"Ala sambung esok eh. Dah lewat dah sekarang ni."

Hani mengangguk tanda setuju.

"Okay esok."

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now