BAB 34

85 10 0
                                    

Semenjak dari perkenalan itu, Aman Naqib banyak habiskan masa dengan lailya berdua-duaan. Hari demi hari minggu demi minggu ada saja kegiatan mereka dua. Sampai lah bibit-bibit cinta hadir dari dalam diri masing-masing. Kata sepakat telah pun di ambil, tidak sanggup untuk dilepaskan. Selepas tiga tahun,

"Sudi tak awak jadi permaisuri hati saya?" Tanya Aman Naqib di suatu petang.

Tanpa membuang masa, tanpa mengetahui siapa Aman Naqib yang sebenarnya, Lailya mengangguk tanda setuju.






"𝓙anna!!"

Lamunan Janna mati serta merta. Dia memandang ke arah kanan. Sesusuk tubuh yang dia sangat kenali melangkah ke arahnya. Dia cepat-cepat bangun dan melangkah pergi. Langkah dipercepatkan.

"Janna! Wait!" Laung Shahrul.

Dia tidak menghiraukan lelaki itu. Dia tak mahu berjumpa dan berdepan dengan siapa-siapa. Hidupnya hancur, hatinya retak menanti belah. Kalau boleh dia nak hilangkan dirinya terus. Sesungguhnya dia tersangat kecewa.

"Jangan lari Janna" laung Shahrul lagi.

Sekarang ni dia perlu berlari kerana Janna sudah jauh tinggalkan dia di depan. Semakin hampir, pinggang Janna di rangkul dari belakang.

"Lepaslah!!" Jerit Janna kuat.

Shahrul tak endahkan jeritan dari Janna, malah rangkulan itu diperketatkan. Shahrul pusingkan tubuh Janna untuk mengadapnya.

"Sudah-sudah"

"Lepaslah!" Jerit Janna bersama rontaan. Dada bidang Shahrul ditolak kuat. Tetapi apakah daya, dia seorang perempuan yang lemah. Walaupun luarannya nampak kasar dan kuat, tolakkan itu tidak memberi effect terhadap Shahrul.

"Lagi kuat kau meronta, lagi kau sakit. Aku memang tak akan lepaskan kau dalam keadaan macam ini."

Tangisan Janna makin menjadi. Kedua kakinya melemah dan akhirnya dia bersama Shahrul terjelupuk jatuh.

"Aku sakit Shahrul" tangis Janna didepan Shahrul.

Shahrul memandang wajah yang berada didepan matanya. Nampak lesu sangat. Selepas dia mendapat call dari Puan Cherry mengatakan yang Janna hilang lagi, dia langsung tak tenang.

"Selagi kau tak buang dia, selagi itu kau sakit Janna."

Dia menggelengkan kepala. Dia sebenarnya tak kuat untuk buang lelaki itu di dalam hatinya. Sangat-sangat tak kuat. Sayang dan cintanya melekat menjadi satu.

"Aku tak mampu."

"Kau mampu Janna. Kau seorang perempuan yang kuat"

Dia mengangkat wajah dan memandang Shahrul didepan.

"Cuba bagitahu dekat aku, macam mana aku nak lupakan dia? I lose everything Shahrul"

Shahrul mengeluh perlahan.

"Kau hanya hilang kerja. Kau masih ada aku, ada family, ada Hisham. Orang-orang sekeliling kau ni sayangkan kau Janna."

Dia terdiam. Benar kata Shahrul, orang-orang yang berada disekelilingnya sayangkan dirinya tetapi kenapa hidupnya dan takdirnya macam ini? Perlu ke dia melepaskan lelaki itu? Lelaki yang mungkir janjinya? Banyak persoalan yang  bermain di benaknya ketika ini. akan tetapi kelaki itu tidak pernah munculkan dirinya selama tiga tahun.

"Janna." Panggil Shahrul lembut.

Dia memandang Shahrul.

"Melepaskan tak bererti kita perlu melupakan. Melepaskan bererti untuk kita hilangkan rasa sakit yang berada dalam hati ni. Aku tahu tak mudah untuk kita lakukan. Tapi kalau kau berterusan genggam, parahnya berkali ganda."

Kringg.........

Janna berpaling. Telefon bimbit yang berada dalam genggaman, dilihat siapa pemanggilnya.

'Abang Eddy?'

Janna memandang Shahrul dan begitu juga Shahrul memandang ke arahnya. Teka teki bermain didalam kepala masing-masing. Lambat-lambat punat hijau di tekan. Gelora dalam hati semakin ketara rasanya.

"Hello...."

"Hello Janna, Abang ni"

Janna terdiam.

"Ye Abang Eddy, kenapa tu?"

"Abang call ni sebab abang nak bagitahu yang Aman akan nikah hari ni."

Bagaikan halilitar yang membelah hati dan kepalanya ketika ini. Nafasnya seakan terhenti seketika. Airmatanya mengalir tanpa dipinta.

"Janna?" Panggil Dj Eddy.

"Boleh abang bagi alamat rumah dia?" Tanya Janna.

"Boleh, Dia akad nikah kat masjid sentul. Nanti abang bagi location bila abang sampai sana ye"

"Okay abang" Jawab Janna lemah.

Punat merah ditekan. Dia bangun dan belum sempat dia nak melangkah, Janna terjelupuk jatuh dan melutut ke tahan. Shahrul cepat-cepat bangun dan mendapatkan Janna.

"Dia akan berkahwin hari ni Shahrul" Ucap Janna dengan tangisan yang kuat. Dia memandang Shahrul

"Di tipu aku. Dia mungkir janji dia dekat aku. Dia cakap dia nak kahwin dengan aku, shahrul. Apa salah aku?" Tangis Janna lagi.

Tubuh Janna di peluk kemas oleh Shahrul. Bahu Janna tersengguk-sengguk kerana menangis. Berkali-kali lengan Shahrul menjadi sasaran pukulan dari Janna.

"Aku faham." Ucap Shahrul perlahan.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now