BAB 81

64 7 0
                                    

Aman terkejut bukan kepalang.

"Awak merepek apa ni, Lailya? Awak ni kan dah berkahwin. Sekarang ni status isteri orang kan?"

"I dah buat salah besar Aman. I ingat ke Zack sayang dekat i. Rupanya tidak." Ucap Lailya. Sendu kedengaran perlahan.

Aman mengeluh perlahan. Dia sekarang tak ada hak nak masuk campur urusan Lailya lagi. Baginya Lailya dah mati selepas penceraian itu.

"Macam ini lah Lailya, saya dengan awak dah tak ada apa-apa. Apa yang berlaku dekat awak sekarang ni pun, awak yang nak kan?"

"Tidak Aman, I dah tak nak semua tu. I need you Aman."

Aman terus bangun dan melangkah ke arah tingkap. Rokok di nyalanya.

"Sudah lah Lailya. Saya tak nak masuk campur."

Tangisan Lailya kedengaran di telinga Aman. Tetapi sedikit pun Aman tak rasa simpati.

"Lailya. Awak tu isteri orang. Awak tak boleh call lelaki lain walaupun saya ni bekas suami awak. Saya ni tak larang awak nak call saya untuk bercakap dengan Aakif. Tetapi kalau call saya untuk mengadu dekat saya yang awak tak bahagia. Saya rasa awak tak perlu call saya lagi."

Lailya menggelengkan kepala berkali-kali.

"I memang tak bahagia dengan perkahwinan ini. Tolong lah Aman, i nak rujuk dengan you semula."

Aman ketawa perlahan.

"Masa dalam eddah, saya merayu dekat awak untuk bersama dan fikir pasal anak, apa yang awak cakap dekat saya? Awak cakap saya ni loser, saya ni penagih, saya ni suami tak bertanggungjawab and plus awak bagitahu dekat semua orang termasuk family awak yang saya ni tak berguna. Tapi sekarang awak datang dan merayu dekat lelaki tak berguna macam saya ni kenapa? Ke baru sekarang awak nampak yang saya ni berguna di mata awak?"

Tangisan Lailya kuat kedengaran. Di dalam hati penuh dengan kekesalan dahulu.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now