BAB 116

54 7 0
                                    

'Sayang, sejauh mana pun saya pergi, cinta dan kasih sayang saya hanya untuk awak. Tak pernah berkurang walaupun sedikit'

Kalimat yang sering diberikan dahulu. Takkan mungkin dia lupakan sampai bila-bila. Janna menggelengkan kepala dan tak lama itu dia mengeluh perlahan. Kalau boleh, dia tak nak ingat langsung pasal Aman Anaqi. Tetapi dia sendiri hairan. Makin dia cuba nak lupakan lelaki itu, bayang dan kenangan lelaki itu semakin mengejarnya. Dia menggengam stereng sekuat hatinya. Signal kiri diberikan. Lambat-lambat Janna memberhentikan kereta di tepi jalan.

"Arghh!!" Jerit Janna kuat dan nyaring.

Dia menumbuk-numbuk stereng kereta dengan sekuat hati. Walaupun terasa sengal dibahagian tangan akibat tumbukkan itu, tetapi dia tetap tak berasa sakit kerana sakit di dalam hatinya melebihi segalanya.

"Sakit bodoh! Sakit..." jerit Janna kuat.

Dia meletakkan kepala dekat stereng kereta. Tak lama tu dia bersandar dan memejamkan mata. Dia berharap sangat semua kesakitan yang muncul tadi hilang dengan sekelip mata. Tengah dia dalam keadaan macam itu, tiba-tiba penyakit anxiety menyerangnya. Dia memegang dada dan nafasnya tersekat.

"Allah."

Dia cuba membetulkan duduk untuk memudahkan dia bernafas tetapi terlalu sukar untuknya ketika itu. Janna menekan nekan jarinya di bahagian dada. Sakit yang teramat sangat. Walaupun berhawa dingin, tetapi dia merasakan peluh mengalir di dahinya.

"Allah." Ucap Janna perlahan dan akhirnya dia tak sedarkan diri.








𝓕aizal melangkah perlahan dilaman resort cenang. Dia menyalakan sebatang rokok sambil memandang langit. Banyak bintang-bintang yang berselerakan di sana sini. Dia tersenyum perlahan. Dia teringat kembali suatu ketika dulu dia yang asalnya dari kuala lumpur datang ke langkawi dengan sehelai sepinggang untuk mengubah nasib. Pada awalnya dia seorang penagih dadah dan dia di buang oleh keluarga dan kawan-kawan. Tak ada satu pun yang sanggup menerimanya ketika itu sampai lah dia berjumpa dengan Azrul. Azrul yang memberi semangat dan kehidupan untuknya. Dan di resort cenang ini lah yang memberikan dia erti sebuah kekeluargaan. Dari dia tak ada kemahiran memasak sampai lah dia di anugerahkan pingat chef yang terkenal di cenang. Dia mengeluh perlahan dan dia memandang sekeliling. Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu objek di tepi jalan. Dahinya berkerut.

"Eh itu kereta Cik Janna ke?" Tanya Faizal sendirian.

"Woi! Dah gila ke cakap sorang-sorang" tanya Azrul tiba-tiba.

Faizal berpaling. Riak wajahnya sedikit terkejut kerana sergahan itu.

"Eh bos, Mana ada cakap sorang-sorang. Tu ha, kalau tak silap saya itu kereta kawan bos kan? Cik Janna. Kenapa dia parking kat jalan besar tu?"

"Mana?" Tanya Azrul sambil memandang ke arah yang di maksudkan oleh Faizal.

"Tu"

Azrul mengecilkan matanya sambil memandang ke arah sebuah kereta camaro chevrolet berwarna kuning yang tengah parkir di tepi jalan besar. Dia tersentak.

"Eh haah lah, Itu kereta Janna tu." Ucap Azrul lantas melangkah ke depan.

"Macam ada yang tak kena je bos"

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now