BAB 31

88 9 0
                                    

"Okay saya nak nyanyikan satu lagu untuk awak."

"Lagu? Lagu apa?"

Aman tersenyum lantas mencuit pipi Janna.

"Suprise lah." Ucap Aman lantas melangkah ke bahagian karaoke.

Dia berbisik sesuatu dekat Dj tersebut.

"Okay, lagu ini saya tuju khas untuk buah hati saya yang paling saya cintai. Dia yang duduk di sana."

Semua memandang ke arah dirinya sambil menepuk tangan. Janna hanya tersenyum dan tertunduk malu.

"Terimalah, Sayap Ilusi"

Melodi lagu tersebut didendangkan. Dia memejamkan mata sambil menghayati melodi tersebut.

"Semakin jauh aku renungi diri
Semakin dekat kekasih di hati
Dia mentari akulah sinarnya
Dia lautan akulah airnya
Kalaulah ada selain darimu
Biarku hancur dan menjadi debu
Bila hadir cinta yang satu
Tidak ku peduli sejuta seteru
Menghukum aku dengan dusta
Neraca dunia hakimnya
Kerana cinta
Biar aku dianggap gila oh
Terbang dengan sayap ilusi
Bertutur dalam bahasa hati.."

Tanpa dia jangka, airmatanya mengalir perlahan. Dia sendiri tak pasti sama ada airmata itu adalah kesedihan untuk berpisah atau itu airmata kegembiraan. Perlahan-lahan dia mengesat.





"𝓐ku ceraikan kau dengan talak satu!" Jerit Zack Amin

Seperti halilitar yang membelah bumi bagi Natasya ketika itu, air matanya gugur.

"Kau ingat selama ini aku tak tahu ke apa yang kau dah buat dekat belakang aku ha? Aku tahu Natasya tetapi aku tutup mata. Kau sanggup buat maksiat dengan bapak aku dalam rumah ni?"

Datin Sally yang mendengar apa yang anaknya katakan itu tergamam. Dia memandang Datuk Hakim yang berada tak jauh darinya.

"Betul ke apa yang Zack katakan itu?" Tanya Datin Sally.

Datuk Hakim tak berbunyi walaupun satu patah perkataan. Datin Sally melangkah menuju ke arah suaminya itu.

"Betul ke apa yang Zack katakan ini Datuk Hakim??"

Lambat-lambat Datuk Hakim mengangguk. Dia langsung tak memandang ke arah isterinya itu. Baginya ketika itu Datin Sally adalah seekor singa betina yang tengah lapar. Tunggu masa untuk terkam mangsa.

Pang.....

satu tamparan hinggap di muka Datuk Hakim. Ketika ini dia langsung tak peduli didepannya ini adalah suaminya atau tidak. Hatinya bagai di sayat-sayat. Dia berpaling memandang Natasya. Rambut Natasya di tarik sekuat hatinya.

"Kau tahu tak dia tu suami aku? Dia suami aku dan dia bapak mentua kau?"

"Sakit mama sakit!" Merintih Natasya minta dilepaskan.

"Oh sakit? Kau tahu pulak sakit? Habis aku tak sakit hati ke ha?" Ucap Datin Sally masih lagi menarik rambut Natasya. Ada sehelai dua yang gugur di atas lantai.

"Zack tolong i" rintin Natasya.

Zack hanya memerhati tanpa ada rasa ingin pertahankan.

Cengkaman Datin Sally yang kuat dikepala Natasya membuatkan kulit kepalanya bagai nak tercabut.

"Ampun mama ampun." Rayu Natasya lagi. Tangan kanannya memegang bawah perut.

Datin Sally langsung tak dengar rayuan dari Natasya, malah tindakan dia memukul dan menarik rambut Natasya makin menjadi-jadi.

"Kau cakap dengan aku, anak yang kau kandung ni anak siapa?" Tanya Datin Sally dengan nyaring.

"An.. anakk daddy, mama" Jawab Natasya terketar-ketar.

Tanpa membuang masa dan sakit dihatinya berlipat kali ganda, Datin Sally berterusan memukul Natasya. Tanpa dia sedar, dia tersepak perut Natasya membuatkan menantunya itu keguguran. Darah mengalir pekat dicelah kelangkang. Datin Sally melihat darah yang mengalir itu, rambut Natasya dilepaskan dan Natasya pengsan. Perlahan-lahan dia tersenyum.

"Puas hati aku." Ucap Datin Sally lantas melangkah naik ke dalam bilik.

Zack turut melangkah keluar dari rumah tanpa mempedulikan yang Natasya pengsan. Datuk Hakim yang masih di ruang tamu tergamam melihat darah yang mengalir. Dia sendiri tak tahu apa yang harus di buat. Dia menjerit memanggil bibik Aseh.

"Bibik!!"

Tergocoh-gocoh bibik Aseh berlari mendapatkan Datuk Hakim.

"Ya ampun tuan darah itu" ucap Bibik Aseh melopong melihat keadaan Natasya. Mulutnya di tutup dengan kedua tangan.

DENDAM ASMARATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon