BAB 53

76 9 0
                                    

"Ye?"

"Jan..ji?"

Dahi Janna berkerut.

"Jan..ji jaga an..ak aku macam anak kau" ucap Si Yung. Tangan Janna di genggam kuat.

Cepat-cepat dia menganggukkan kepala.

"Aku berjanji yang aku akan jaga anak kau baik-baik."

Si Yung tersenyum.

"Te..rima kasih Jan..na"

Perlahan-lahan Si Yung mengangguk. Janna memejam mata. Hulu pisau rambo tersebut di genggam kuat.

"Bismillahirrahmanirrahim, Allahuakbar!!" Jerit Janna kuat. Pisau rambo tersebut di tekan kuat dan pisau tersebut tertunus masuk ke dalam perut Si Yung membuatkan perut Si Yung terbelah menampakkan isi dalam.

"Allah" ucap Si Yung perlahan. Dengan perlahan-lahan Si Yung sudah tak bernyawa.

Janna berpaling memandang Si Yung. Dia menyekat air mata yang mengalir.

"Yung." Panggil Janna perlahan.

Si Yung sudah tak bergerak lagi. Janna terkulai terduduk di sebelah mayat Si Yung. Tangisan yang perlahan kembali teresak.

"Yungg.." panggil Janna lagi.

Janna memegang bahu Si Yung dan menangis teresak.

"Maafkan aku Yung" ucap Janna perlahan.

"Janna"

Janna mendongak memandang Shahrul.

"Kau kena keluarkan budak tu cepat Janna. Si Yung dah meninggal."

"Aku.. aku ke yang bunuh dia Shahrul?"

Shahrul menghampiri Janna.

"Nope, Kau tak bunuh dia. Kau cuma tolong dia Janna."

Janna menggelengkan kan kepala berkali-kali. Dia sendiri tak tahu apa yang dia harus buat sekarang ni.

"Janna kau tak boleh macam ni, kau kena keluarkan budak tu sekarang juga. Aku risau budak tu mati dalam perut"

Janna memandang Shahrul. Tanpa membuang masa dia terus bangun dan bercangkung. Tangan yang berlumur darah di lap dekat baju yang dia pakai. Dia memandang sekeliling. Tak lama tu dia memandang Shahrul.

"Aku nak sweater kau tu."

Shahrul cepat-cepat cabut sweater tersebut lantas diserahkan dekat Janna. Sweater bertukar tangan. Pisau rambo yang berada di atas perut Si Yung di capai.

"Bismillahirrahmanirrahim"

Janna sedaya upaya bertungkus lumus untuk selamatkan anak Si Yung. Bau hanyir darah menusuk-nusuk di rongga hidungnya. Sesekali dia berpaling ke kiri kerana tak sanggup melihat dan bau darah tersebut. Tekaknya loya. Di berhenti mengorek isi perut Si Yung. Janna menggelengkan kepala. Dia tak boleh teruskan kerana kepalanya terasa pening.

"Janna" panggil Shahrul.

Dia mendongak.

"Kau boleh." Ucap Shahrul seraya memberi semangat.

Dengan lemah dia mengangguk.

"Ya Allah, kau tolong hamba mu ini Ya Allah." Ucap Janna seraya berusaha untuk keluarkan anak Si Yung.

Dalam keadaan kelam kabut, akhirnya Janna berjaya keluarkan anak Si Yung. Cepat-cepat tubuh budak itu di balut dengan sweater. Dia terus bangun dan mendapatkan yang lain.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now