BAB 141

51 6 0
                                    

"Okay, kakak ada gula-gula. Awak nak?" Tanya Janna seraya mengeluarkan gula-gula Ryan yang tertinggal dalam bag pinggangnya.

Lambat-lambat budak tersebut mengangguk.

"Okay tapi janji dengan kakak yang awak tak akan menangis lagi. Boleh?"

Budak lelaki itu mengangguk lagi.

"Good boy, kejap ye." Ucap Janna seraya mengoyak kertas gula-gula yang perisa oren, Lalu di suap ke dalam mulut budak lelaki itu.

Bila budak lelaki tersebut dah kembali tenang, Janna terus memegang tangannya untuk keluar kan dia dari celah batu. Mungkin untuk bersembunyi.

"Kita cari mak ayah awak okay?"

Budak tersebut mengangguk.

"Okay kakak"

Janna terkejut lantas berpaling.

"Awak pandai cakap? Siapa nama awak?"

Budak itu kembali menggeleng. Janna hanya tersenyum lantas mencuit pipi tersebut.

"It's okay." Ucap Janna seraya melangkah.

Permikiran dia sekarang ni lebih baik dia balik ke resort. Mana tahu Azrul boleh tolong cari siapa mak bapak budak ni. Tengah Janna dan budak lelaki itu berjalan, tiba-tiba dia terdengar satu jeritan dari arah depan.

"Aakif!!"

Dua orang lelaki dan seorang perempuan tengah berlari ke arahnya.

"Aakif, aakif pergi mana? Risau daddy tahu tak"

Janna hanya memerhati lelaki yang berada di depannya. Dia terus menarik budak lelaki tersebut kebelakang.

"Kejap. Encik ni siapa?" Tanya Janna.

Lelaki tersebut memandang Janna.

"Ini anak saya."

"Bukti?"

"Ha?"

"Yelah saya nak encik buktikan yang budak ni anak encik. Mana tahu kot korang ni semua penculik ke menyamar sebagai mak bapak budak ni ke. Zaman sekarang ni bukan boleh percaya." Tempelak Janna sambil memandang mereka bertiga di hadapan.

"Eh tapi dia memang anak saya. Aakif"

Janna ketawa perlahan.

"Saya pun boleh cakap yang budak ni anak saya Aakif." Ucap Janna seraya mengangkat sebelah kening.

Aman Anaqi tergamam dengan senyuman yang di pamirkan oleh Janna. Senyuman tu amat familiar bagi dirinya.

"Kejap." Ucap Suraya

Janna memandang perempuan tersebut. Dahinya berkerut. Kalau tak salah dia pernah jumpa dengan perempuan tersebut hari yang dia nak ambil kad hotel tempoh hari.

Suraya cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbit lantas menekan app galeri. Satu persatu gambar di belek tak lama selepas itu satu gambar memaparkan satu keluarga di buka. Telefon tersebut di hulur ke arah Janna.

"Ini betul anak buah saya." Ucap Suraya.

Janna memandang perempuan tersebut lantas mengangguk perlahan dengan bukti yang diberi oleh Suraya sebentar tadi. Dia menarik Aakif ke depan. Bahunya di pegang.

"Adik lain kali jangan jauh dari keluarga tau, Sini bahaya." Ucap Janna lantas tersenyum.

Aakif hanya mengangguk lantas berlari ke arah suraya.

"Saya minta diri dulu." Ucap Janna seraya melangkah.

Suraya menepuk bahu suaminya Amin.

"Awak, kalau tak silap saya, itu Janna." Bisik Suraya kepada Amin.

"Ha? Awak biar betul."

Suraya mengangguk kepala.

"Betul, saya cam muka dia"

Amin cepat-cepat bisik ke telinga Aman.

"Itu Janna"

Terbeliak mata Aman Anaqi tatkala mendengar apa yang Amin katakan.

"Kejap." Ucap Aman Anaqi.

Dia segera menahan dari Janna melangkah.

Janna berpaling.

"Awak Janna?"

Janna memandang Aman dengan pandang yang pelik. Lambat-lambat dia mengangguk kepala.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now