BAB 35

88 10 2
                                    

𝓓engan sekali nafas, Nurlailya Ayuni sah menjadi isteri kepada Aman Naqib. Lelaki yang pandai mencuri hatinya. Dengan senyuman manis dibibir dan dia tak menyangka yang dia akan berkahwin. Cincin belah rotan disarung kemas dijari manis. Sesekali mata mereka bertentangan melahirkan rasa cinta yang amat mendalam. Aman tersenyum.

"Aman." Panggil Dj Eddy.

Aman berpaling. Lambat-lambat senyuman terukir di bibir.

"Sayang kejap eh"

Lailya hanya mengangguk. Tak lama itu Aman terus melangkah ke arah Dj Eddy.

"Tahniah bro. Tak sangka kau eh, hilang selama tiga tahun tup-tup kahwin sudah."

Aman hanya ketawa bangga.

"Biasa lah. Nak tunggu apa lagi kan?"

"Eh ni aku ada benda nak tanya, Janna tahu tak ni?"

Aman Naqib tersentak dan terdiam. Dia seolah-olah familiar dengan nama itu. Melihat perubahan muka Aman, Dj Eddy bertindak untuk ubah topik. Tak mahu mood kawannya itu terganggu.

"Kau kerja mana sekarang ni?"

"Aku kerja dengan kakak dan abang ipar aku dekat area selangor."

"Oh yeke. Patut lah kau dah jarang nampak dah dekat Canggung."

"Wah.. aku tak sangka kau kahwin Aman." Sampuk Aidan tiba-tiba.

Tangan berjabat bersama ketawa yang kuat.

"Biasalah" ucap Aman.

"Eh, weh serius lah? Aku ingat ke tadi Janna. Rupanya orang lain?" Tanya Aidan dengan riak wajah yang terkejut.

Dahi Aman tiba-tiba berkerut. Dia cuba mengingati nama yang kawan-kawannya sebut. Sebentar tadi. Tak lama kemudian ingatannya kembali memproses dan dia baru teringat ada seseorang tengah menunggu dirinya. Dia berpaling memandang Lailya, isterinya itu yang tengah tersenyum manis.

"Dia macam mana sekarang?" Tanya Aman perlahan.

"Selama tiga tahun tu dia setia tunggu kau. Hari-hari dia datang Canggung cari kau. Mana kau pergi eh Aman? Tak baik lah kau buat dia macam tu. Bukan dulu kau dengan dia macam belangkas ke? Apa salah dia?" Tanya Dj Eddy.

Aman terdiam. Dia sendiri tak menyangka yang dirinya sudah ada pasangan. Selepas pada malam itu, hidupnya makin teruk. Ketagih dirinya terhadap dadah, makin menjadi-jadi. Dia ambil keputusan untuk sembunyi dari semua orang dan dia hanya nak bersama dengan dadah. Sampai satu tahap, maknya hantar dirinya ke pusat pemulihan. Selepas itu dia diberi kerja oleh kakak dan abang iparnya. Walaupun luaran orang nampak dia okay, tetapi sedikit sebanyak ketagih dia terhadap dadah masih kuat. Kadang dia curi-curi menghisap walaupun sedikit.

"Dia menderita Aman semenjak kau tinggalkan dia." Sampuk Aidan.

Dj Eddy hanya mengangguk perlahan.

"Dia ada buat salah dengan kau ke?"

"Eh tak ada, Sumpah tak ada."

"Habis tu?"

Belum sempat Aman nak buka mulut, namanya di panggil.

"Sayang, ada orang nak bergambar dengan kita." Bisik Lailya dengan senyuman.

Aman tersenyum.

"Sure"

Aman dan Lailya terus melangkah pergi meninggalkan Dj Eddy dan Aidan.

"Doa yang baik-baik jelah" ucap Aidan sambil memandang Aman dan Lailya bergambar.

Dj Eddy hanya mengangguk perlahan.


"Sure ke kau nak masuk ni Janna?" Tanya Shahrul minta kepastian.

Lambat-lambat Janna mengangguk kepala. Kalau diberi kesempatan dia nak sangat bersemuka dengan lelaki yang mungkir janji itu. Soalan demi soalan berlegar-legar di dalam kepalanya ketika ini. Sampai sekarang dia masih tak tahu apa kesalahan yang dia buat sampai lelaki itu bertindak melakukan hal sedemikian rupa.

"Tapi janji dengan aku dulu yang kau tak buat kecoh dekat sini"

Janna berpaling memandang Shahrul. Walaupun hatinya retak, walaupun hatinya kini penuh dengan dendam dan kesakitan, tetapi dia masih lagi seorang perempuan yang bermaruah. Dia sesekali tak akan jatuhkan maruah dia demi seorang lelaki yang tak menghargai dia.

"Boleh?" Tanya Shahrul lagi.

Perlahan-lahan dia mengangguk kepala.

"Okay jom, Aku temankan." Ucap Shahrul.

Mereka berdua terus melangkah masuk ke dalam dewan yang sarat dengan tetamu yang datang dekat majlis perkahwinan Aman Naqib. Orang pertama yang dia nampak adalah Dj Eddy. Dj Eddy menyapanya.

"Janna sihat?"

Dia mengangguk lantas tersenyum.

"Sihat"

"Ini saya perkenalkan kawan saya, Shahrul"

Dj Eddy dan Shahrul bersalaman lantas berborak. Janna berpaling memandang pintu masuk ke dalam dewan tersebut. Kakinya melangkah setapak kedepan. Hatinya berdegup laju.

"Janna"

Lailya memandang suaminya disebelah. Lambat-lambat dia meletak tangannya ke atas lengan Aman.

"Okay tak ni sayang?"

Aman berpaling lantas tersenyum sumbing.

"Okay je."

Dia sendiri tak tahu kenapa hatinya rasa berdebar-debar bagaikan nak meletup. Dia cuba rileks tetapi tak boleh. Tengah dia dalam keadaan macam itu, dia memandang para tetamu dihadapan. Tanpa dia sedar ada satu wajah yang menarik perhatiannya. Bila diamati dalam-dalam, itu lah wajah yang menunggunya selama ini. Aman tergamam.

"Janna...." Panggil Aman perlahan. Dia berdiri tegak.

Lailya yang berada disebelah berpaling.

"You sebut nama siapa sayang?"

Aman tau hiraukan soalan dari isterinya malah dia tetap memandang ke arah Janna. Janna yang turut memandang ke arah Aman, sedaya upaya melemparkan senyuman walaupun sakit. Rantai yang tergantung di leher digenggam kuat. Perlahan-lahan rantai itu ditarik dan akhirnya rantai itu putus. Dia memandang Shahrul disebelah. Air mata dikesat dengan jari.

"Jom kita balik Shahrul."

Shahrul yang memahami, terus mengangguk kepala.

"Bersabar okay." Ucap Dj Eddy tiba-tiba.

Dia hanya mengangguk lesu. Janna berhenti melangkah dan berpaling seketika memandang Aman Naqib buat kali terakhir dan tanpa bicara, Janna terus meninggalkan dewan tersebut dengan dendam yang terbesar terhadap lelaki.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now