BAB 163

48 7 1
                                    

"Hmmm!!" Ucap Hani. Badannya mengeletar.

"Minum air tu Hani!"

Hani cepat-cepat minum air tersebut. Seketika kemudian, Hani terus muntah segala yang ada di dalam perutnya.

"Uwerkkk!! Uwerk.."

Janna berpaling memandang Hisham di sebelah.

"Aku tak boleh sentuh Hani. Kau kena tolong aku."

"Okay." Ucap Hisham lantas mengangguk.

Hisham terus melangkah ke arah Hani dan dia mengangkat Hani supaya Hani bangun berdiri. Kedua bahu Hani di pegang oleh Hisham dari belakang. Janna berpaling ke kanan.

"Nenek." Panggil Janna perlahan.

Tak lama selepas itu, bayangan nenek muncul dan berdiri di sebelah Janna. Janna memegang bahu kanan Hisham. Dia memejamkan mata.

"Qul Huwallahu Ahad. Allahussomad. Lam Yalid Walam Yuulad. Walam Yakullahu Kufuwan Ahad."

"Arggghhhhhh" jerit Hani kuat. Tak lama selepas itu, Hisham turut menjerit sama.

"Arggghhhhhh!!!"

"Qul A'uuzu Birobbil Falaq. Min Syarrimaa Kholaq. Wa Min Syarri Ghoosiqin Izaa Waqob. Wa Min Syarrin Naffaatha Tifil 'Uqod. Wa Min Syarrihaa Sidin Izaa Hasad"

"Huppp"

Janna menelan bisa yang mengalir dari tubuh Hisham. Perlahan-lahan darah mengalir dari bibir Janna.

"Qul A'uuzu Birobbinnaas. Malikinnaas Ilaahinnaas. Min Syarril Waswaasil Khonnaas. Allazii Yuwas Wisufii Suduu Rinnaas. Minal Jinnati Wannaas."

Satu libasan dari tongkat nenek ke belakang Janna membuatkan bisa yang masuk tadi terus keluar dan di hantar semula ke orang yang menghantar. Perlahan-lahan tangan Janna yang memahut bahu Hisham terlepas. Tubuh Janna seperti di awang-awangan. Belum sempat tubuh Janna nak cecah lantai, ada dua tangan yang menyambutnya. Janna berpaling.

"Shahrul." Ucap Janna perlahan.

Janna berpaling memandang ke arah Hani di sebelah. Tubuh Hani yang lembik itu di sambut oleh Hisham. Perlahan-lahan mata Janna tertutup.








"Arghhh!!!" Jerit tok Nyah dengan kuat.

Darah memancut-mancut keluar dari mulut tok Nyah. Tubuhnya bersandar dekat dinding kayu. Farah yang menyaksikan adegan tersebut, terus mengesot rapat ke arah Zack. Dia berpandangan sesama sendiri. Dada tok Ngah berombak menahan sakit.

"Tok." Panggil Siti.

Dia berlari-lari anak mendapatkan tok Ngah.

"Kenapa ni?" Tanya Farah pulak.

Tok Ngah memandang Farah dan juga Zack.

"Kamu berdua pergi balik dulu. Minggu depan datang semula." Ucap Tok Ngah dengan suara yang tersekat-sekat.

"Habis sekarang ni?"

Siti yang berada di sebelah tok Ngah berpaling memandang Farah.

"Cik, cik nampak kan macam mana keadaan tok saya?

Lambat-lambat Farah mengangguk.

"Cik dan encik balik dulu. Minggu depan datang semula. Tok saya perlukan rehat."

Nak atau tak nak, Farah akhirnya mengalah. Dia mengeluarkan beberapa note ungu dan dia letak di depan mangkuk kemenyan.

"Saya balik dulu tok." Ucap Farah.

Farah dan Zack terus melangkah pergi.
Tok Ngah hanya mengangguk kepala. Dia menghantar Farah dan Zack dengan pandangan sahaja. Perlahan-lahan tok Ngah menutup mata.

"Apa ni Zack?" Tanya Farah.

Dia terus meloloskan diri masuk ke dalam kereta dengan perasaan yang tak puas hati.

"Apa kenapa?" Tanya Zack pulak.

Farah berpaling.

"You cakap tok bomoh ni handal. Ini macam tak je."

Zack ketawa perlahan.

"You tak dengar ke apa yang tok Ngah ni cakap tadi? Ada penghalang. Tapi kan i tertanya-tanya, siapa perempuan yang menghalang kerja tok Ngah tu."

Farah berpaling memandang ke arah Zack yang tengah memandu keluar dari halaman rumah tok Ngah. Zack turut berpaling memandang ke arah Farah.

"Hmm tak kesah lah. Tapi kalau you nak lagi, minggu depan kita datang semula dekat sini. Tapi malam ni you kena tunaikan janji you tu." Ucap Zack seraya memegang dan mengosok paha kanan Farah yang terdedah.

Farah menghadiahkan jelingan untuk Zack. Perlahan-lahan dia mengangguk. Fikirannya masih menganggu dengan apa yang Zack musykilkan tadi. 'Siapa perempuan itu?'

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now