BAB 193

53 6 0
                                    

"Itu lah kau, orang tidur kau bangun semata-mata nak layan bola. Lepas itu datang kerja dengan muka sembab macam gini. Ini kalau si Janna ada ni mati kau kena maki free-free di pagi hari."

Hisham ketawa.

"Halah kalau aku tak buat salah pun tetap kena maki free juga dengan dia. Apa cerita ye dia sekarang? Lama tak jumpa rindu betul aku."

Shahrul menggelengkan kepala dan masih lagi dengan sisa ketawa. Dia memang tak boleh lupa dengan perangai Hisham dan Janna. Kalau berjumpa memang nak bercakar je kerjanya. Kalau salah sorang tak ada tercari-cari pulak tu.

"Biasa lah dia kan tengah hangat bercinta dengan si Aman tu." Ucap Shahrul seraya melangkah keluar dari situ.

Hisham menjuihkan bibir.

"Bau-bau cemburu tu. Kau tak ada call dia or text?"

Shahrul menggelengkan kepala.

"Aku tak nak ganggu dia dan biarlah dia bahagia dengan caranya sendiri. Kalau betul dia jodoh aku, dia akan datang dekat aku juga."

"Dia ada cari kau?" Tanya Hisham seraya menekan punat lif.

"Tak ada pun. Text aku yang dua minggu lepas dia bluetick saja."

"Ala ala ala kesiannya dia. Siapa suruh kau cari masalah. Dah elok-elok orang tu tak nak kau paksa. Haaaa padan muka." Ucap Hisham seraya masuk ke dalam perut lif.

Shahrul tersengih. Dia tahu kekhilafan dia kerana paksa Janna buat benda yang Janna tak suka.

"Perlu ke aku redha?" Tanya Shahrul.

Hisham berpaling.

"Motif kau?"

"Mengikhlaskan dengan apa yang berlaku sekarang ni."

"Sanggup?" Tanya Hisham.

Shahrul terdiam. Tak lama selepas itu dia menggelengkan kepala.

"Ha tahu pun kau tak sanggup."

Shahrul hanya memandang Hisham di sebelah. Kadang-kadang apa yang dikatakan oleh Hisham ada benarnya. Dia sendiri tak faham kenapa dia boleh buat keputusan bodoh tu.








"Gila babi betul lah orang zaman sekarang ni. Aku tak pelik dan ini mesti kes kena bunuh ni." Ucap Acap yang masih lagi memandang ke arah tv.

Malek berpaling.

"Mana kau tahu ini kes bunuh?"

"La takkan kau tak dengar apa pemberita cakap tadi? Hilang tanpa jejak dan polis pun tengah mencari orang yang hilang tu."

"Aku dengar tapi aku tak fokus sangat. Biasa lah tengah layan text awek aku."

Tengah Malek dan Acap membahas pasal kes orang hilang, Zack yang berada di meja makan tak jauh dari ruang tamu memandang berita tersebut tanpa bersuara. Hatinya tiba-tiba berdebar. Dia cepat-cepat menghantar text dekat Farah.

"Buka berita tv3 sekarang juga."

Farah Hanim is typing.

"Okay."

"Weh Zack!" Panggil Acap.

Zack tersentak lantas berpaling.

"Ye?"

"Kau buat apa kau situ sorang-sorang? Sini lah lepak dengan kitaorang. Ni mak aku ada bekalkan ubi kayu dengan ikan kering sambal ni. Ada kelapa parut sekali. Rugi wooo kalau kau tak nak rasa." Ucap Acap.

Zack hanya menurut tanpa kata. Dia terus melangkah duduk di ruang tamu sambil matanya memandang telefon. Telinganya masih lagi mendengar berita kehilangan Tok Ngah. Dia menelan liur yang terasa sesikit pahit. Zack duduk di sofa yang mengadap ke arah tv. Wajah Siti cucu Tok Ngah terpampang di kaca tv.

Ting.....

Zack cepat-cepat menekan text dari Farah. Satu gambar di download oleh Zack.

"Perempuan ni kita kasi mati dulu Zack."

Zack berkerut dahi.

DENDAM ASMARANơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ