BAB 6

115 13 0
                                    

Janna hanya mengangguk dan tersenyum.

"Zack ada?"

"Ada, Kejap ya." Ucap Bibik Aseh lantas meninggalkan Janna.

Janna hanya mengangguk dan memerhati Bibik Aseh berlari anak masuk ke dalam rumah. Tak lama kemudian Zack Amir muncul dan menyapa.

"Ye Janna, nak apa lagi?"

Janna melangkah setapak di hadapan. Wajah yang sangat dia rindui berada di depan matanya kini. Ingin sekali di peluk tetapi apakah daya.

"Kita memang akan macam ini ke?" Tanya Janna perlahan.

"I dah cakap keluarga i tak suka pekerjaan you. Tak kan itu pun you tak faham-faham lagi?"

"Tak akan disebabkan pekerjaan i? I rasa macam tak logik."

"Habis apa yang logik?"

Janna melepaskan nafas dan melangkah lagi setapak. Tangan Zack di raih dan tanpa di jangka, Zack menepis kasar. Janna tersentak.

"Kita dah tak ada apa-apa lagi Janna. You pergi balik dan i tak nak tengok muka you lagi."

"Macam ini you layan i? Setelah tujuh bulan kita bercinta dan tinggal satu bulan lagi kita nak berkahwin ini yang you mampu bagi dekat i? you berjanji yang you akan pertahankan apa yang berlaku? Ini ke cara you mempertahankan cinta kita? Mana janji-janji yang you ungkapkan dulu tu? Hilang? Di tiup angin, Ha?"

Zack Amir kehilangan kata-kata. Apa yang dia mampu lakukan ketika ini hanya lah diam.

"I tak rasa kerana pekerjaan i kita putus. I rasa mesti ada sebab lain kenapa dan kenapa."

"Siapa tu bik?" Tanya Datin Sally dari dalam rumah.

"Mbak Janna Datin."

Datin Sally berpaling memandang Bibik Aseh.

"Apa? Kenapa kamu benarkan dia berjumpa dengan Zack? Aku sudah pesan berkali-kali, Kalau perempuan tu datang cari Zack cakap saja tak ada! Kenapa degil sangat kamu ni bibik? Nak kena buang kerja ke?"

Bibik Aseh hanya menundukkan kepala. Dia tak berani nak memandang wajah Datin Sally yang tengah menyinga macam harimau kelaparan.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now